and niceee.. hohoho

HOME

Showing posts with label Our LIFE. Show all posts
Showing posts with label Our LIFE. Show all posts

Wednesday, 12 June 2013

Kisah Pengembaraan Empat Sahabat


Kisah ini adalah sebuah kisah benar.. kisah yang diceritakan semula oleh seorang pemanggil radio di siaran Ria 9.87.. Tiada bukti yang dapat disahkan..

Semuanya bermula apabila surat tawaran Pengalaman Berasaskan Sekolah diedarkan.. "Yes, ak boleh duduk umah Din.." Dzul berkata.. Aku hanya tersenyum sambil membayangkan kelazatan masakan mak Din yang sering diceritakan Din kepada kami semua.. Apai justeru itu berkata "ha Din, ak nk tido atas katil ko.. aku kan tetamu, kene hormat aku kan.. hehe, gurau-gurau".. Din yang terkenal dengan ketenangannya hanya tersenyum melihat gelagat kami yang teruja untuk ke Johor atau lebih detail lagi untuk ke rumahnya yang terletak di Batu Pahat..

Selepas itu, kami bersepakat untuk memulakan perjalanan pada hari ahad memandangkan waktu persekolahan bermula pada hari isnin minggu ni.. Kalau tidak, mungkin kami akan memulakan perjalanan pada hari Jumaat bulan hadapan..

Hari Sifar
Setelah semuanya dikemas dan dimasukkan ke dalam beg, kami terus bergerak ke Johor.. Waktu itu adalah waktu Malaysia, jam 5 petang.. Kami menyanyi lagu nasyid dengan girangnya sepanjang perjalanan ke Johor.. Sempat juga kami bermain teka teki bagi menajamkan minda bagi persiapan untuk ke sekolah pada keesokan pagi.. Malam itu, ada perlawanan pasukan Manchester United; pasukan kegemaran Din.. Din berkata, "woi, jom tengok bola malam nie, man yu lawan.. pukul 12 lebih kiter kuar tengok kat mamak.." aku yang keletihan menyanyi hanya mengangguk diikuti Dzul.. Sesudah Dzul selesai mengangguk, Apai menyambung aktiviti mengangguk sebanyak 3 kali.. Din menggeleng, kami mengikutinya.. " Da macam sawan aku tengok", Din berkata.. Kami juga sempat bertukar-tukar cerita hantu.. seperti tiada aktiviti lain yang mahu dilakukan.. Asal lalu jalan gelap kisah-kisah seram mula diperdengarkan oleh Din.. Sejurus itu, Apai terus menukarkan lagu dari We Run The Night nyanyian Havana Brown kepada lagu InsyaAllah nyanyian Maher Zain.. Walaupun nampak macam takut tetapi sebenarnya tidak.. Sengaja kami meminta lagu Maher Zain diperdengarkan kerana Maher Zain adalah seorang yang berbakat dan mempunyai suara yang merdu disamping lagu-lagunya mempunyai mesej yang baik.. Selang beberapa jam, kami tiba dirumah Din di Batu Pahat.. Kami bersalaman dengan ibubapa Din dan memperkenalkan diri kami.. Di dalam hati masing-masing berharap agar ibubapa dan keluarga Din menerima kehadiran kami disitu.. Kelihatan anak saudara Din, Ijat dan Iman turut memeriahkan suasana malam itu.. Untuk pengetahuan, Iman merupakan adik kepada Ijat manakala Ijat bukan bapa kepada Iman.. Ibu Din menghidangkan makan malam yang lazat sambil itu bertanyakan kepada Iman, "Iman, ada berapa orang abang kat meja makan nie?? ".. Iman terus mengira dan menjawab " Ada tite (tiga).." Aku tersentak, lagu Pak Mamat Ada Kebun terus bermain didalam kepala.. Kata hatiku " Biar betul, bukan ke kiteorang berempat.." Aku merenung Iman.. Ya, aku tahu kanak-kanak tidak bisa menipu.. Kemudian Iman menyambung, "tu ate towang tatak (tu ada seorang kakak)".. Aku dapat lihat air muka Dzul, Apai dan Din berubah.. Persoalannya siapakah kakak itu??.. Lalu Iman menunjuk Apai.. lega hati kami..terasa seperti bunga yang sedang mekar.. Aku terus memandang Iman sambil tersenyum, didalam hatiku berkata " Iman, kau seorang kanak-kanak yang baik.. Mari menyanyi lagu Pak Mamat Ada Kebun kegemaran abg".. dan malam itu kami tidur kepenatan dan perlawanan pasukan Mancheter United tidak kami saksikan..

(bersambung..)

Sunday, 4 December 2011

Lagenda Budak Setan..

Sebuah kisah..

Pelagenda : kau da banyak menyusahkan penduduk kampung, dengan perangai yang tak semenggah.. kau tidak mendatangkan hasil..!

Budak : tolonglah, saya tidak bermaksud melakukan kenakalan dan sedikit kejahatan yang setan.. kasihanilah saya..

Pelagenda : ah, banyak sungguh bunyi kau.. ibarat kacang lupakan kulit..!!

Budak : ibarat kacang lupakan kulit pelagenda cakap? apa maksud pelagenda sebenarnya?

Pelagenda : er, mari lupakan.. aku pun tak tahu apa aku cakapkan.. saja nak tambah markah untuk penggunaan peribahasa.. hei-hei, jangan kau nak meredakan amarah aku ini.. ahhh, marahnya aku!!

Budak : maafkan saya diatas kelakuan saya.. saya berjanji tidak akan berlaku buruk lagi.. saya janji pelagenda..

Pelagenda : huh, tidak untuk kali ini.. aku dan penduduk kampung tidak dapat menerimamu lagi diatas kelakuan jahatmu itu.. nah, terimalah ini!.. Setan punye budak.. siap kau, aku jadikan kau lagenda.. NAH lagi!!..

Budak : tolong saya.. arhhh, TIDAKK!!!.. Sampai hati menyetankan saya..isk-isk-isk...

dan.. wujudlah sebuah lagenda..
Lagenda Budak Setan..


******************************************************************



Hmm, sedih kan kisah Lagenda Budak Setan.. lagi menyedihkan kisah Lagenda Budak Setan bukanla macam yang diceritakan tadi.. Budak Baik hampir-hampir tertipu.. tragik betul kisah tu.. tragik lagi kalau anda percaya Budak Baik tertipu..

Walaupun sekarang orang-orang (bukan yang kat tengah sawah yang kegunaannya untuk menghalau burung merosakkan tanaman) tengah sibuk berpusu-pusu ke pawagam, mengumpul duit untuk menyaksikan sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel Ombak Rindu, tapi Budak Baik baru je menghabiskan novel Lagenda Budak Setan (Saga 1).. ye, Budak Baik agak ketinggalan sedikit. mungkin ada yang dah habiskan semua saga-saga yang ada.. mungkin ada yang da memiliki sebuah Proton Saga semi-automatik.. lagipun, Budak Baik bukanla seorang kaki novel yang tegar.. tak kisahlah apa-apa pun..

Banyak sebab Budak Baik lambat menghabiskan novel nie.. yela, Budak Baik sebelum nie banyak esemen, ditambah lagi dengan kehidupan anak-anak bujang yang menyebabkan Budak Baik rasa segan nak baca novel depan rakan-rakan serumah.. kang ada yang cakap Budak Baik tak normal pulak..

Jalan cerita dia Budak Baik da tau awal-awal melalui filemnya, yang juga bertajuk Lagenda Budak Setan. Jalan cerita dia agak menyedihkan jugak, tu yang buat Budak Baik tak semangat sikit nak baca.. yela, Budak Baik bukan nak cakap Budak Baik menangis tapi tak best la kan.. Jalan cerita dia jugak agak berlainan sikit dari filem.. tapi apa-apa pun best cerita ni..

Mengikut pengetahuan Budak Baik, Lagenda Budak Setan ada 3 saga semuanya.. Budak Baik harap Budak Baik dapat menemui saga-saga yang berikutnya.. Ibarat Goku dalam pengembaraan 7 biji Mutiara Naga..
semoga pengembaraan Budak Baik akan berjalan lancar.. niceee..!








Sunday, 13 November 2011

Budak Baik di temu ramah..

Sorry ye semua, sebenarnya Budak Baik telah di "tag" kan oleh seorang blogger yang cukup terkenal, iaitu cik Shazika Shahrim.. Seriously Budak Baik memang tak berapa nak paham.. (ceh, tipu je).. Dulu Budak Baik penah jugak terbaca pasal "tag-mengetag" nih.. tapi mase tu Budak Baik tak wujud lagi dalam dunia blogger nie (walaupun Budak Baik bukanla seorang blogger yang aktif..) (",)..

Okeylah, sekarang Budak Baik tak nak buat syarahan panjang-panjang, kita terus ke sesi "tag" nie. orait??
Okey, first "tag" ni memang ada peraturannya sendiri.. kat dunia semua benda ada peraturan kan?? So, here we go, yeahh..!!

RULES :
1.You must post these rules. 
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal. 
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. 
And create eleven new questions for people you tagged to answer. 
4.You have to choose 11 people to tag and link them to the post. 
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her. 
6.No tag backs. 
7.No stuff in the tagging section about 
'You are tagged if you are reading this' you legitimately 
(a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

ha, macam tu la peraturannya.. tapi bab nak cari orang untuk di"tag"kan tu macam agak susak sikit.. tapi macam mane pun akan diusahakan..

11 Wonder Things Around The World.. (err, pasal Budak Baik sebenarnya)
  1. Seorang lelaki yang tulen semestinya.
  2. Suka main bola sepak dan futsal. (dulu masa kecik-kecik suka main beskal)
  3. Agak simple dari segi penampilan.
  4. Agak pendiam jugakla pada satu-satu masa.
  5. Seorang pelajar Institut Pendidikan Guru dalam area Kuala Lumpur.
  6. Berasal dari Maran, Pahang.
  7. Seorang yang sangat sayangkan ibu bapa dan adik-adik.
  8. Suka tengok rancangan memasak kat Asian Food Channel dan channel-channel lain yang menyiarkan rancangan memasak.
  9. Suka warna pink, Pink Itu Tampan.
  10. Saje letak nama Blog The Boy From Nowhere sebab agak humble sikit ( rasanyela..) dan tak tau nak letak nama apa da ( sebetulnya..)
  11. Cool Guy.. (mungkin, haha)
itu sahaja setakat ini.. Sekarang Budak Baik akan menjawab soalan cepu emas dari Shazika Shahrim :

1. Lagu yang bermain di fikiran anda sekarang?
Beautiful Thieves dari A.F.I Band..

2. Dalam percakapan seharian kamu mengunakan loghat/dialek negeri apa?
Err, entahla.. macam bahasa baku je.. xpasti.. haha

3. Kamu berasal dari negeri mana?
Kat atas da cakap, Budak Baik berasal dari negeri Pahang Darul Makmur

4. Sekarang belajar/ bekerja di mana?

Nie pn da cakap kat atas, Budak Baik belajar di sebuah Institut Pendidikan Guru dalam area Kuala Lumpur..

5. Apakah supplement/makanan tambahan yang kamu ambil (contoh vco, minyak ikan kod, kordel, vitamin)?
Dulu mak ada bagi Spirulina dalam bentuk tablets, tapi makan dalam masa seminggu je.. pastu terus tak usik dah.. (..minta maaf mak..)

6. Maxis, Digi, or Celcom?
Maxis, dari Form 3 tak pernah tukar..

7. Pakai henfon model apa?
Nokia X5-01..

8. Fav cartoon zaman kanak-kanak dahulu?
Banyak kot.. Batman, Superman, Spiderman, Looney Tunes, Tom and Jerry dan sebagainya.. (masa kecik-kecik dulu semua kartun Budak Baik suka..)

9. Sejak bila kamu kenal blog Shazika Shahrim?
Sejak kawan-kawan cakap blog anda terkenal..

10. Munasabah tak soalan-soalan yang aku tag kat kamu ni?
Munasabah je, sebab semua boleh dijawab dan tidak menyentuh sensitiviti..

11. Kamu suka tak kena tag pastu buat tag?
Okey je, mungkin nie "Ice Breaking" cara baru..

Seperti yang termaktub dalam peraturan "tag" nie, Budak Baik perlu menyediakan soalan untuk orang-orang yang bakal di "tag".. Soalannya adalah seperti berikut :

  1. Adakah anda suka bersukan? Jika ya, nyatakan jenama sukan kegemaran anda..
  2. Lelaki/Perempuan yang macam mana yang anda rasakan mereka itu cool..
  3. Diri anda dirumah seorang yang..??
  4. Adakah pakaian/fesyen anda dipengaruhi oleh genre muzik yang anda dengar? Jika ya, nyatakan..
  5. Anda mempunyai lesen memandu?
  6. Adakah makanan dan minuman amat sinonim dengan gaya hidup anda?
  7. Perkara yang paling romantik yang pernah anda lakukan untuk sesiapa sahaja..
  8. Adakah anda seorang kaki novel?
  9. Perkara yang paling anda tidak suka..
  10. Adakah warna pink itu sesuai untuk lelaki?
  11. Jika anda mempunyai kepakaran tertentu, apakah benda yang anda ingin cipta?  
Blogger yang bakal menjawab soalan Budak Baik :
The Other Khairul... Ceritera Hafyza... sebucket Pop+Corn!... Belog Cik Ann... Pinkislovva... Si Sengal Cik Fara... Miss Tinggi Lampai... Nieyna Repunzel... Siput n Jijah... nisha... Fatin Liyana

Terima kasih kepada blogger-blogger yang menjawab soalan "tag" Budak Baik nie.. harap tak terasa hati okey?? niceee..



Monday, 3 October 2011

Kemunculan Budak Baik..!

Monday, 12 September 2011

Simple but Meaningful..

Budak Baik rindula kat family..
anda bagaimana?

Thursday, 18 August 2011

Esemenku Sayang..

Oh esemen, nape la kau kene submit sebelum raya.. membuatkan ku xkeruan setiap hari..
Semoga Budak Baik berjaya menyiapkannye dan boleh beraya dengan tenang (walaupun ad lagi esemen yang kene submit pas raya)..

kepada semua rakan-rakan yang bergelar student, gud luck.


Tuesday, 12 April 2011

The New Stranger..

Firstly, rase teruja nak wat blog.. bkan ap, tgok rmai wat blog, macam seronok.. =)
(sebab pengaruh seseorang..) haha
orang cakap blog nie macam diari..?? betul ke??
entahla, Budak Baik pun tak tahu..

Papepun Budak Baik akan kongsikan ap yang boleh dikongsi.. Orait..??
                                     ibarat kata pepatah Inggeris :
                                        "..Sharing is Caring.." 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...