and niceee.. hohoho

Wednesday, 12 June 2013

Kisah Pengembaraan Empat Sahabat


Kisah ini adalah sebuah kisah benar.. kisah yang diceritakan semula oleh seorang pemanggil radio di siaran Ria 9.87.. Tiada bukti yang dapat disahkan..

Semuanya bermula apabila surat tawaran Pengalaman Berasaskan Sekolah diedarkan.. "Yes, ak boleh duduk umah Din.." Dzul berkata.. Aku hanya tersenyum sambil membayangkan kelazatan masakan mak Din yang sering diceritakan Din kepada kami semua.. Apai justeru itu berkata "ha Din, ak nk tido atas katil ko.. aku kan tetamu, kene hormat aku kan.. hehe, gurau-gurau".. Din yang terkenal dengan ketenangannya hanya tersenyum melihat gelagat kami yang teruja untuk ke Johor atau lebih detail lagi untuk ke rumahnya yang terletak di Batu Pahat..

Selepas itu, kami bersepakat untuk memulakan perjalanan pada hari ahad memandangkan waktu persekolahan bermula pada hari isnin minggu ni.. Kalau tidak, mungkin kami akan memulakan perjalanan pada hari Jumaat bulan hadapan..

Hari Sifar
Setelah semuanya dikemas dan dimasukkan ke dalam beg, kami terus bergerak ke Johor.. Waktu itu adalah waktu Malaysia, jam 5 petang.. Kami menyanyi lagu nasyid dengan girangnya sepanjang perjalanan ke Johor.. Sempat juga kami bermain teka teki bagi menajamkan minda bagi persiapan untuk ke sekolah pada keesokan pagi.. Malam itu, ada perlawanan pasukan Manchester United; pasukan kegemaran Din.. Din berkata, "woi, jom tengok bola malam nie, man yu lawan.. pukul 12 lebih kiter kuar tengok kat mamak.." aku yang keletihan menyanyi hanya mengangguk diikuti Dzul.. Sesudah Dzul selesai mengangguk, Apai menyambung aktiviti mengangguk sebanyak 3 kali.. Din menggeleng, kami mengikutinya.. " Da macam sawan aku tengok", Din berkata.. Kami juga sempat bertukar-tukar cerita hantu.. seperti tiada aktiviti lain yang mahu dilakukan.. Asal lalu jalan gelap kisah-kisah seram mula diperdengarkan oleh Din.. Sejurus itu, Apai terus menukarkan lagu dari We Run The Night nyanyian Havana Brown kepada lagu InsyaAllah nyanyian Maher Zain.. Walaupun nampak macam takut tetapi sebenarnya tidak.. Sengaja kami meminta lagu Maher Zain diperdengarkan kerana Maher Zain adalah seorang yang berbakat dan mempunyai suara yang merdu disamping lagu-lagunya mempunyai mesej yang baik.. Selang beberapa jam, kami tiba dirumah Din di Batu Pahat.. Kami bersalaman dengan ibubapa Din dan memperkenalkan diri kami.. Di dalam hati masing-masing berharap agar ibubapa dan keluarga Din menerima kehadiran kami disitu.. Kelihatan anak saudara Din, Ijat dan Iman turut memeriahkan suasana malam itu.. Untuk pengetahuan, Iman merupakan adik kepada Ijat manakala Ijat bukan bapa kepada Iman.. Ibu Din menghidangkan makan malam yang lazat sambil itu bertanyakan kepada Iman, "Iman, ada berapa orang abang kat meja makan nie?? ".. Iman terus mengira dan menjawab " Ada tite (tiga).." Aku tersentak, lagu Pak Mamat Ada Kebun terus bermain didalam kepala.. Kata hatiku " Biar betul, bukan ke kiteorang berempat.." Aku merenung Iman.. Ya, aku tahu kanak-kanak tidak bisa menipu.. Kemudian Iman menyambung, "tu ate towang tatak (tu ada seorang kakak)".. Aku dapat lihat air muka Dzul, Apai dan Din berubah.. Persoalannya siapakah kakak itu??.. Lalu Iman menunjuk Apai.. lega hati kami..terasa seperti bunga yang sedang mekar.. Aku terus memandang Iman sambil tersenyum, didalam hatiku berkata " Iman, kau seorang kanak-kanak yang baik.. Mari menyanyi lagu Pak Mamat Ada Kebun kegemaran abg".. dan malam itu kami tidur kepenatan dan perlawanan pasukan Mancheter United tidak kami saksikan..

(bersambung..)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...